Ciri-Ciri Logo Yang Hebat

Antara benda yang aku suka buat waktu lapang ialah mencari pertandingan mencipta logo. Surf internet dan try cari mana-mana pertandingan. Setakat ni ada la menang beberapa kali cabutan bertuah pertandingan logo. Ada yang dapat duit.

Semalam terbaca paper tentang ciri-ciri logo yang hebat.

Jadi aku kongsikan. Ni dari Utusan Malaysia Selasa 10 November 2015.

Sembilan Ciri-Ciri Logo Yang Hebat

LOGO yang baik akan membantu sesuatu jenama itu senang diingati. Tetapi logo yang heba bukan sahaja akan membantu sesuatu jenama itu diingati, ia akan membuatkan orang membeli dan terus membeli.

Seperti berjumpa dengan kawan lama,kadang-kadang kita jarang akan dapat mengingati nama,tetapi mudah untuk mengingati muka kawan kita itu. Begitu juga dengan jenama,kebanyakan orang akan lebih mengingati simbol berbanding nama sesuatu jenama

Jadi, anda perlu pastikan yang bakal pelanggan anda akan mengingati jenama anda melalui logo. Ciri-ciri logo yang hebat mestilah:

  • Senang dilukis
    ‚ÄčLogo yang hebat ialab logo yang mampu dilukis oleh sesiapa sahaja yang hampir sarna dengan logo asli.
  • Unik 
    Logo yang anda bina tidak boleh sama dengan yang lain agar bakal pelanggan kita tidak keliru. Anda mungkin tidak biasa dengan keunikannya untuk permulaan, namun lama kelamaan anda akan sedar yang ia meletakkan jenama anda jauh berbeza dari yang lain.
    Ia akan menjadi ikon apabila lama kelamaan melihatnya.Untuk mendapatkan logo yang akan menjadi ikon, ia memerlukan kreativiti. Bagaimana hendak pastikan logo anda unik? Mudah sahaja. Apabila anda lihat logo anda itu, dan anda teringat logo yang lain atau rasa macam pernah lihat sahaja logo ini, anda perlu bina yang baharu.
  • Ringkas
    Jangan merumitkan suasana,bina logo anda seringkas mungkin. Kurangkan elemen-elemen yang ada di dalamnya. Lagi ringkas logo anda itu, lagi mudah orang akan mengingatinya. Lebih mudahb orang mengingatinya,
    lebih mudah orang akan mengingati jenama anda. Bagaimana hendak pastikan logo anda ringkas? Mudah sekali, letakkan apa yang perlu sahaja. Elemen yang tidak penting, elakkan.
  • Mempunyai warna yang betul
    Pilihan warna yang mampu menguatkan lagi logo anda untuk diingati. Anda perlu berhali-hati dengan kod warna atau kombinasi kod-kod warna yang digunakan agar tiada kaitan dengan jenama yang lain.
  • Relevan
  • Berfungsi dengan apa jua keadaan
  • Fleksibel
  • Mampu bertahan lama
  • Kuat

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.

*