Social media marketing workshop by Penang Women’s Development Corporation-PWDC.

Hari ni conduct training Social Media Marketing anjuran┬áPenang Women’s Development Corporation-PWDC di Politeknik Seberang Perai. Terima kasih Mrs Susan & Mrs Hidayah kerana menjemput. Bengkel ini lebih kepada memberi pendedahan kepada usahawan-usahawan kecil yang beroperasi dirumah agar dapat meningkatkan kewujudan bisnes di ruang maya terutamanya di platform Media Sosial.

Program bermula jam 9.00 pagi dengan pengenalan pemasaran media sosial diikuti dengan hands on bagaimana membina page perniagaan di Facebook.

Rata-rata peserta sudah ada page tetapi tiada pengisian dan follower menyebabkan page mereka tidak dapat bertindak sebagai tools pemasaran.

Aku kongsikan juga teknik-teknik contents marketing yang menjadi antara perkara penting pemasaran internet tahun 2018 dan 2019.

Feedback peserta memang baik, cuma disebabkan level pengetahuan ICT yang biasa menyebabkan mereka mengambil masa untuk memahami dan melakukan task yang diperlukan.

Sessi petang diadakan pemasaran Whatsapp dimana penggunaan wasap.my diajar agar peserta dapat berinteraksi dengan pelanggan lebih cepat.

Gambar dari FB Penang Women Development Corporation

Leave a Reply

Your email address will not be published.

*